.jpg)
Perjalanan Dakwah Buya Masoed Abidin, Rihlah Ibadah Ilaa Allah
Rabu, 03 April 2013
Minggu, 02 Desember 2012
Beda antara yang haq dan bathil
Dalam Surah Ibrahim, ayat ke 24-27, Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah telah membuat satu perbandingan, iaitu kalimat yang baik itu laksana pokok yang baik, akar tunjangnya teguh dan dahannya (menjulang) ke langit (24). Ia mengeluarkan buah-buahnya setiap musim dan dengan izin Allah. Dan Allah membuat berbagai-bagai
Mengikut tafsir Ibnu-Kathir, `Kalimat yang baik' ialah kalimah syahadah `La ilaha illallah' (tiada Ilah selain Allah). Manakala `pokok yang baik' adalah merujuk kepada orang mu'min. Kalimah yang haq ini akan tetap teguh di hati orang-orang beriman seperti akar yang teguh di bumi. Keteguhannya tidak dapat digoncang oleh angin ribut, tidak dapat dilanda badai kebathilan dan tidak lut dengan pelbagai kezaliman.
`Dahan pokok menjulang ke langit' adalah kiasan kepada amalan-amalan soleh dan kata-kata kebenaran daripada orang mu'min yang akan membawanya ke syurga. Ia sentiasa berbuah kerana amalannya yang istiqomah.
'Kalimat yang buruk', yakni kalimat yang bathil adalah laksana pokok yang buruk yang akarnya rapuh, tidak bertunjang di dalam bumi. Ia seolah-olah berada di atas permukaan tanah dan hanya menunggu masa untuk tersungkur. Kufur dan amalan kebathilan adalah menyimpang dari aqidah dan iman. Ia tidak mempunyai asas dan tidak akan diterima oleh Allah. Amalan mereka seumpama debu-debu angin yang ditiup angin kencang. Hilang begitu saja.

Kedua-dua perbandingan di atas bukanlah semata-mata untuk memberi perangsang kepada orang-orang beriman tetapi itulah hakikat sebenar di dalam kehidupan ini. Kebenaran dan kebaikan yang tulen tidak akan mati dan tidak akan layu walaupun disekat dan ditindas oleh kebathilan dan kejahatan jahiliyah. Kebathilan hanya hidup sekadar sementara menunggu habisnya kebaikan yang bercampur-aduk. Apabila berjaya dibersihkan, maka `haq' tulen akan menang dan kebathilan akan tumbang dan musnah, biarpun bagaimana besar dan kuatnya kebathilan jahiliyah itu.
Sesungguhnya Allah swt mengukuhkan pendirian orang-orang yang beriman di dalam kehidupan dunia dan akhirat dengan kalimat keimanan yang tertanam di dalam hati nurani mereka. Ia bertunjang di dalam fitrah semulajadi mereka dan membuahkan amalan-amalan soleh yang sentiasa membaharu dan kekal di dalam kehidupan mereka. Allah meneguhkan pendirian mereka dengan kalimat-kalimat Al-Qur'an, kalimat-kalimat Rasulullah saw dan dengan janji Allah swt yang akan memberikan kemenangan kepada kebenaran di dunia dan kejayaan di Akhirat. Dan orang-orang yang berpegang dengannya tidak akan dilanda gelisah dan keluh-kesah.
Sebaliknya pula, Allah swt menyesatkan orang-orang yang zalim dengan sebab kezaliman dan kesyirikan mereka (kata zalim itu sering digunakan di dalam ayat-ayat Al-Qur'an dengan makna syirik dan inilah ghalibnya). Juga kerena mereka menjauhi diri dari nur hidayat dan terumbang-ambing di dalam kegelapan-kegelapan jahiliyah dan kepercayaan khurafat. Mereka juga mengikuti pelbagai sistem hidup, undang-undang dan peraturan-peraturan nafsu mereka dan bukannya undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan Allah.
Bukittinggi jo Jam Gadang dikawal Marapi jo Singgalang
Masjid Nurul Iman Runtuh karena gempa 2009
Masjid Nurul Iman setelah diperbaiki oleh anak nagari
SUBHANALLAH! HIDUP-MATINYA DILINDUNGI ALLAH,
SUBHANALLAH!
HIDUP-MATINYA DILINDUNGI ALLAH,
عَاشَ بِخَيْرٍ وَمَاتَ بِخَيْرٍ
Semua manusia normal, apalagi si mukmin yang merasakan kemanisan dan
kehangatan iman, mendambakan kebaikan dalam kehidupan yang dilaluinya.
Bahkan menginginkan h
idup – matinya, dan orang tersayang baik belaka dan dilindungi Allah, al-Maula SWT.
Coretan berikut ini barangkali bermanfaat buat si mukmin yang mendambakan perkara di atas. Biiznillah
Dalam hadis soheh riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah SAW pernah ditanya
oleh Allah SWT mengenai amalan yang sangat canggih pengaruhnya dalam
proses pengampunan dosa yang diistilahkan dengan ‘Kaffarat /كفارات.’
Baginda menyatakan bahawa kaffarat merangkumi tiga amalan, yakni:
1. Duduk (iktikaf) di masjid setelah menunaikan solat fardu berjemaah,
dengan maksud menunggu solat berikutnya. Seperti menunggu solat Isyak
setelah solat Maghrib berjemaah.
2. Langkah kepergian ke rumah Allah bagi tujuan solat fardu lima waktu berjemaah.
3. Berwuduk dengan sempurna pada saat terasa malas berwuduk.
Seterusnya baginda menegaskan bahawa orang yang tekun mengamalkan
pendekatan ini, hidup-matinya akan dilindungi Allah, atau hidup matinya
berada dalam kebaikan عاش بخير ومات بخير (hidup-matinya baik belaka).
Dengan arti tidak perlu dirisaukan tentang hal kematian, kerana Allah telah mengambil alih urusannya.
Dalam penghujung hadis tersebut dinyatakan bahawa si mukmin yang tekun
mengamalkan tiga pendekatan di atas, akan bersih dan terkeluar dari dosa
yang dilakukannya, bagaikan anak kecil yang baru lahir.
Rumusan ☞Si mukmin yang merasa aman tenteram, yang merasa selesa dan
bahagia saat berada di rumah Allah, seperti halnya generasi awal umat,
kematiannya mustahil akan disia-siakah Allah. Subhanallah.
Di samping jaminan Rasulullah di atas, kita telah banyak mengetahui kisah benar membuktikan janji Rasulullah di atas.
Nah, si mukmin yang ingin cemerlang dalam menempuh perjalanan menuju ke
redhaan Allah, sepatutnya rajin dan tekun meneladani sejarah dan kisah
para solihin, biiznillah!
Pada saat kematian si mukmin, Allah senang, si mukmin juga senang.
Sepertimana dijelaskan dalam Hadis berikut (HR Bukhari-Muslim, dll):
‘Aisyah (ra) pernah menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengingatkan:
“Barang siapa yang menyukai saat pertemuan dengan Allah, nescaya Allah juga menyukai saat berjumpa dengannya.
Sebaliknya, sesiapa yang tidak menyukai saat berjumpa dengan Allah, nescaya Allah tidak menyukai saat berjumpa dengannya.”
Siti ‘Aisyah bertanya ‘Wahai Nabiyullah! Adakah hal ini bermaksud
mengenai keengganan menghadapi saat kematian? Kami semunya tidak
menyukai kematian.’
Rasulullah menjelaskan:
‘Maksudnya bukan
sedemikian. Akantetapi, saat si mukmin diberi motivasi untuk mendapatkan
rahmat – keredhaan dan syurga Allah, dia ingin menjumpai Allah. Lantas
Allah ingin menjumpainya.
Sebaliknya, ketika si kafir diberitahu
bahawa dia akan menerima azab dan kemurkaan Allah, dia terasa benci atau
tidak suka menjumpai Allah. Lantas Allah juga tidak suka menjumpainya.’
(HR Muslim).
‘Alam takambang jadi guru; satitiek jadi lauik, sa kapa jadi gunuang’.
(Harus belajar dari sejarah solihin, contoh teladan positif yang
sedikit, bila dicontohi dengan tekun, akhirnya kebaikan yang satu titik
akan menjadi laut; satu kepal (genggam) bisa jadi gunung).
Biiznillah! Wallahul muwaffiq
Kamis, 17 November 2011
Suluah Bendang di Nagari
Suluah Bendang di Nagari
Oleh : H. Mas’oed Abidin
Sebenarnya masyarakat Sumatra Barat harus bersyukur kepada Allah SWT yang menganugerahi rahmat besar dengan nilai tamaddun budaya Minangkabau. Filosofi budaya masyarakat Minangkabau terikat kuat dengan penghayatan Islam dan terbukti menjadi puncak kebudayaan masyarakat di Sumatra Barat.
Peranan imam khatib suluah bendang (suluh benderang) di tengah nagari dan para pendidik sungguh satu pengabdian mulia dengan tugas sangat berat. Bertambah berat di kala kita berhadapan dengan fenomena keumatan yang mencemaskan di Nagari dalam arus perubahan global.
Ketidakberdayaan Imam Khatib Adat menunjukkan model keteladanan yang baik, telah menjadi penghalang pencapaian hasil dan menjadi titik lemah penilaian umat terhadap keperibadian Imam Khatib Adat bersangkutan.
Pepatah Arab menyebutkan: “Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah, Perbuatan demikian aibnya amatlah parah.” Kemuliaan murabbi pendidik umat dipancarkan dari keikhlasan membentuk anak manusia menjadi generasi pintar berilmu yang mampu mengamalkan ilmunya.
Generasi Minang semestinya berbudi luhur – akhlakul karimah -- dalam bertindak dan berbuat untuk kebaikan. Cakupannya yang lebih luas lagi adalah untuk menciptakan bahagia di dunia dan di akhirat dengan jalinan silaturahim dalam tatanan bermasyarakat. Firman Allah menyebutkan ; “Dan carilah dari pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” (QS.28, Al Qashash:77.)
Umat Islam di Ranah Minangkabau di Sumatra Barat sudah menjadikan surau sejak masa yang panjang sebagai tempat pembinaan umat. Buktinya bertebaran pada setiap Nagari sampai kepelosok kampung, dusun dan taratak.
Rajutan cita-cita luhur itulah semestinya yang harus kita dapatkan jawabannya dan wajib ditampilkan terpadu dalam gerak dan kesepakatan bersama untuk Kembali ke Surau.
Surau menjadi cikal bakal tumbuhnya lembaga pendidikan di Nagari dan kemudian dapat dikembangkan menjadi madrasah. Orang Minang menyebut tempat dilangsungkan-nya pendidikan agama dengan “surau (madrasah)”.
Pada masa dulu tidak dilazimkan memakai kata “pondok pesantren” seperti sekarang. Adanya madrasah surau, di antaranya Sumatra Thawalib di Parabek, di Padang Panjang (surau Jembatan Besi), di Batusangkar (Surau Simabur) di Lambah Sianok (Surau Inyiak Syekh Abdul Mu’in) dan juga Madrasah Diniyah Islamiyah yang lahir dari surau dan kemudian seiring perkembangan zaman ditambah dengan kepandaian putri yang terkenal sejak 1928.
Para thalabah (penuntut ilmu) lulusan surau (madrasah) umumnya berkiprah di kampung halaman setelah selesai menuntut ilmu, dengan mendirikan pula Sekolah-sekolah agama, bersama-sama dengan masyarakat, memulainya dari akar rumput, dan mengawali langkahnya dari surau.
Surau fungsinya tidak semata tempat dilaksanakan ibadah mahdhah (shalat, tadarus, dan pengajian majlis ta’lim). Surau adalah wadah untuk mencerdaskan umat. Dari surau umat diajak mengamalkan seruan syarak.
Di antara ajakan Rasulullah SAW adalah, “jadilah kamu berilmu yang mengajarkan ilmunya, atau belajar (muta’alliman), atau menjadi pendengar (mustami’an). Dan sekali jangan menjadi kelompok keempat, yang tidak memiliki aktifitias keilmuan sama sekali. Yakni tidak mengajar, tidak pula belajar, serta enggan untuk mendengar”.
Gerakan masyarakat menghidupkan surau dengan maksud mencerdaskan dan menanamkan budi pekerti (akhlaq) Islami di tengah umat.
Upaya ini sejalan dengan kaedah adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah di Ranah Minangkabau. Semua, didorong mengamalkan Firman Allah, “ Tidak sepatutnya bagi orang Mukmin itu pergi semuanya kemedan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam ilmu pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya, apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. “ (QS.IX, at Taubah, ayat 122).
Tuntutan paling utama dewasa ini adalah membentuk generasi berkepribadian yang unggul dengan iman dan taqwa. Satu kewajiban yang tidak boleh dilalaikan, membuat generasi Minang berpengetahuan luas dan menguasai teknologi, berjiwa wiraswasta, berakhlak dan beradat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah.
Langkah awal Pendidikan Berkarakter di Sumatera Barat
Langkah awal Pendidikan Berkarakter di Sumatera Barat
Oleh : H. Mas’oed Abidin
Bagi setiap orang yang secara serius ingin berjuang di bidang pembangunan masyarakat -- terutama di Sumatera Barat, dengan tamaddun (adat budaya) Minangkabau -- pasti akan menemui satu iklim (mental climate) yang subur, yakni ada kekuatan agama dan adat resam istiadat serta budi bahasa yang baik. Beberapa model perlu dikembangkan di dalam pembinaan Ruhul Islam diantaranya pemurnian wawasan fiki dan mempertajam kekuatan zikir kemudian dilanjutkan dengan penajaman visi akhlak banagar. Mengembangkan keteladanan dengan uswah hasanah menanamkan sikap sabar dan selalu berbuat benar. Mesti pula dibiasakan memupuk rasa kasih sayang dan memperdalam spiritual religi. Bila itu ada, Insyaallah kendala atau tantangan perubahan zaman dapat diatasi.
Pengendali kemajuan sebenarnya adalah agama dan akhlak mulia yang mewarnai budaya bangsa. Budaya atau tamaddun bangsa yang selama ini telah berlaku turun temurun dalam masyarakat kita di Sumatera Barat – Minangkabau dengan tamaddun ABSSBK – yang terlihat jelas pada hubungan hidup dan kehidupan yang santun sopan sesuai bimbingan adat dan agama Islam. Peranan pendidikan karakter dengan merujuk kepada Ruhul Islam sejak dulu adalah membawa umat kepada keadaan yang lebih baik kokoh aqidah serta qanaah (memelihara apa yang ada) dan bersikap konsisten (istiqamah).
Dalam gerakan "membangun kehidupan masyarakat yang beragama Islam secara shahih” tidak dapat tidak setiap peribadi akan menjadi pengikat dalam membentuk masyarakat yang lebih kuat. Sehingga merupakan kekuatan sosial yang efektif dalam kekuatan persaudaraan. Pemasyarakatan budaya dalam keseharian sesuai syari’at Islam, mesti bersandar kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul. Maka pembinaan dan pelayanan masyarakat oleh siapa saja harus bertujuan kepada mencapai derajat peribadi taqwa, dalam hubungan hidup bermasyarakat sesuai tuntunan syariat Agama Islam. Mamutieh cando riak danau, tampak nan dari muko-muko, Batahun-tahun dalam lunau, namun nan intan bakilek juo.
Mengakarkan nilai nilai Ruhul Islam kedalam kehidupan masyarakat atau kelompok di Sumatera Barat -- Minangkabau -- mesti dengan penguasaan ilmu dengan ikatan akidah tauhid yang jelas. Generasi pelanjut bangsa mestinya dinamik yang mempunyai kejelian akal fikir disertai kejernihan budi pekerti. “Pucuak pauah sadang tajelo, Panjuluak bungo galundi, Nak jauh silang sangketo, Pahaluih baso juo basi. Anjalai tumbuah di munggu, Sugi-sugi di rumpun padi, Nak pandai sungguah baguru, Nak tinggi naiak-kan budi.”
Filosofi Hidup bermasyarakat di Minangkabau atau Sumatera Barat mesti diberi ruh oleh Islam. Kekuatan hubungan ruhaniyah (spiritual emosional) dengan basis iman dan taqwa akan memberikan ketahanan bagi umat. Hubungan ruhaniyah, lebih lama bertahan daripada hubungan struktural fungsional. Bila ada kesediaan mengacu kepada prinsip-prinsip Kepemimpinan Rasulullah harus ada kesediaan memasukkan kedalam seluruh sisi kehidupan secara sikap amanah dan jujur. Kejujuran dan sikap amanah diperlukan dimana saja dan berlaku universal. Sikap hidup ini dijabarkan dengan kebersamaan, gotong royong, sahino samalu, kekerabatan, dan penghormatan sesama, atau barek sapikue ringan sajinijing yang menjadi kekuatan juga di dalam kegiatan wiraswasta dalam menghidupi kesejahteraan masyarakat keliling atau gerakan incorporated social responsibility.
Kekusutan dalam masyarakat dapat diatasi dengan komunikasi. Persoalan perilaku harus mendapatkan porsi yang besar. Diperlukan sosialisasi nilai-nilai Islam masuk ke dalam budaya kerja. Kekekrabatan dijaga dengan satu sistem pandangan cinta dalam kegiatan membangun yang dilandasi mencari redha Allah. Kekuatan Umat ada pada jati dirinya. Shabar dan syukur adalah bukti nyata dari jiwa yang sadar beragama dan beriman tauhid. Disinilah letak kekuatan umat itu. Sabda Rasulullah SAW tentang sibghah orang Muslim itu diantaranya ,“Aku kagum kepada orang Islam, apabila ditimpa cobaan, dia ikhlas dan sabar, sebaliknya apabila memperoleh kebaikan, dia memuji Allah dan bersyukur. Sesungguhnya orang Islam itu diberi pahala dalam segala hal, bahkan berkenaan dengan suap yang diangkatnya ke mulutnya. (HR. Baihaqi dari Sa’id).
Kemelut kehidupan bermasyarakat banyak dikacaukan oleh pengikut hawa nafsu yang terdiri dari kelompok manusia yang tidak mempunyai jiwa yang sadar. Mereka itu selalu suka melanggar hukum dan bersifat ghaflah atau lalai serta pula senang berbuat Maksiat. Peringatan Kitabullah amatlah jelas menyebutkan, “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami”. (Lihat QS.7, Al A’raf ayat 179).
Mengaplikasi peringatan Allah ini maka peranan Pendidikan sistim Surau menjadi sangat signifikan didalam membangun dan mendidik generasi bersih yang beriman dan dinamik dalam gerakannya. Hal tersebut dapat dicapai dengan silabus pendidikan dan pemahaman agama yang benar. Melalui pendidikan sistim surau (halaqah) diharapkan terbinanya peribadi muslim yang kaffah (sempurna). Masyarakat keliling (lingkungan) akan memahami dan meyakini serta pula menerapkan aqidah iman yang istiqamah yakni konsisten menjauhi perbuatan dosa dan maksiat.
Insyaallah.
(Haluan, Jumat, 18 November 2011 M / 20 Dzulhijjah 1432 H, hal.4 OPINI)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
















