Minggu, 02 Desember 2012

SUBHANALLAH! HIDUP-MATINYA DILINDUNGI ALLAH,

SUBHANALLAH!
HIDUP-MATINYA DILINDUNGI ALLAH,

عَاشَ بِخَيْرٍ وَمَاتَ بِخَيْرٍ

Semua manusia normal, apalagi si mukmin yang merasakan kemanisan dan kehangatan iman, mendambakan kebaikan dalam kehidupan yang dilaluinya. Bahkan menginginkan h
idup – matinya, dan orang tersayang baik belaka dan dilindungi Allah, al-Maula SWT.

Coretan berikut ini barangkali bermanfaat buat si mukmin yang mendambakan perkara di atas. Biiznillah

Dalam hadis soheh riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah SAW pernah ditanya oleh Allah SWT mengenai amalan yang sangat canggih pengaruhnya dalam proses pengampunan dosa yang diistilahkan dengan ‘Kaffarat /كفارات.’

Baginda menyatakan bahawa kaffarat merangkumi tiga amalan, yakni:

1. Duduk (iktikaf) di masjid setelah menunaikan solat fardu berjemaah, dengan maksud menunggu solat berikutnya. Seperti menunggu solat Isyak setelah solat Maghrib berjemaah.

2. Langkah kepergian ke rumah Allah bagi tujuan solat fardu lima waktu berjemaah.

3. Berwuduk dengan sempurna pada saat terasa malas berwuduk.

Seterusnya baginda menegaskan bahawa orang yang tekun mengamalkan pendekatan ini, hidup-matinya akan dilindungi Allah, atau hidup matinya berada dalam kebaikan عاش بخير ومات بخير (hidup-matinya baik belaka).
Dengan arti tidak perlu dirisaukan tentang hal kematian, kerana Allah telah mengambil alih urusannya.

Dalam penghujung hadis tersebut dinyatakan bahawa si mukmin yang tekun mengamalkan tiga pendekatan di atas, akan bersih dan terkeluar dari dosa yang dilakukannya, bagaikan anak kecil yang baru lahir.

Rumusan ☞Si mukmin yang merasa aman tenteram, yang merasa selesa dan bahagia saat berada di rumah Allah, seperti halnya generasi awal umat, kematiannya mustahil akan disia-siakah Allah. Subhanallah.

Di samping jaminan Rasulullah di atas, kita telah banyak mengetahui kisah benar membuktikan janji Rasulullah di atas.

Nah, si mukmin yang ingin cemerlang dalam menempuh perjalanan menuju ke redhaan Allah, sepatutnya rajin dan tekun meneladani sejarah dan kisah para solihin, biiznillah!

Pada saat kematian si mukmin, Allah senang, si mukmin juga senang.
Sepertimana dijelaskan dalam Hadis berikut (HR Bukhari-Muslim, dll):

‘Aisyah (ra) pernah menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengingatkan:
“Barang siapa yang menyukai saat pertemuan dengan Allah, nescaya Allah juga menyukai saat berjumpa dengannya.
Sebaliknya, sesiapa yang tidak menyukai saat berjumpa dengan Allah, nescaya Allah tidak menyukai saat berjumpa dengannya.”
Siti ‘Aisyah bertanya ‘Wahai Nabiyullah! Adakah hal ini bermaksud mengenai keengganan menghadapi saat kematian? Kami semunya tidak menyukai kematian.’
Rasulullah menjelaskan:
‘Maksudnya bukan sedemikian. Akantetapi, saat si mukmin diberi motivasi untuk mendapatkan rahmat – keredhaan dan syurga Allah, dia ingin menjumpai Allah. Lantas Allah ingin menjumpainya.
Sebaliknya, ketika si kafir diberitahu bahawa dia akan menerima azab dan kemurkaan Allah, dia terasa benci atau tidak suka menjumpai Allah. Lantas Allah juga tidak suka menjumpainya.’ (HR Muslim).

‘Alam takambang jadi guru; satitiek jadi lauik, sa kapa jadi gunuang’.
(Harus belajar dari sejarah solihin, contoh teladan positif yang sedikit, bila dicontohi dengan tekun, akhirnya kebaikan yang satu titik akan menjadi laut; satu kepal (genggam) bisa jadi gunung).

Biiznillah! Wallahul muwaffiq

Tidak ada komentar: