Minggu, 02 Desember 2012

Beda antara yang haq dan bathil


Beda antara yang haq dan bathil

Dalam Surah Ibrahim, ayat ke 24-27, Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah telah membuat satu perbandingan, iaitu kalimat yang baik itu laksana pokok yang baik, akar tunjangnya teguh dan dahannya (menjulang) ke langit (24). Ia mengeluarkan buah-buahnya setiap musim dan dengan izin Allah. Dan Allah membuat berbagai-bagai

perbandingan kepada manusia supaya mereka berfikir dan mengambil pengajaran (25). Dan bandingan kalimat yang buruk itu laksana pokok yang buruk yang telah dicabut akar umbinya dari muka bumi, ia tidak mempunyai apa-apa keteguhan lagi (26). Allah meneguhkan (iman) orang-orang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan dunia dan Akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan Allah melakukan segala apa yang dikehendaki-Nya (27)"

Mengikut tafsir Ibnu-Kathir, `Kalimat yang baik' ialah kalimah syahadah `La ilaha illallah' (tiada Ilah selain Allah). Manakala `pokok yang baik' adalah merujuk kepada orang mu'min. Kalimah yang haq ini akan tetap teguh di hati orang-orang beriman seperti akar yang teguh di bumi. Keteguhannya tidak dapat digoncang oleh angin ribut, tidak dapat dilanda badai kebathilan dan tidak lut dengan pelbagai kezaliman.


`Dahan pokok menjulang ke langit' adalah kiasan kepada amalan-amalan soleh dan kata-kata kebenaran daripada orang mu'min yang akan membawanya ke syurga. Ia sentiasa berbuah kerana amalannya yang istiqomah.


'Kalimat yang buruk', yakni kalimat yang bathil adalah laksana pokok yang buruk yang akarnya rapuh, tidak bertunjang di dalam bumi. Ia seolah-olah berada di atas permukaan tanah dan hanya menunggu masa untuk tersungkur. Kufur dan amalan kebathilan adalah menyimpang dari aqidah dan iman. Ia tidak mempunyai asas dan tidak akan diterima oleh Allah. Amalan mereka seumpama debu-debu angin yang ditiup angin kencang. Hilang begitu saja.


Kedua-dua perbandingan di atas bukanlah semata-mata untuk memberi perangsang kepada orang-orang beriman tetapi itulah hakikat sebenar di dalam kehidupan ini. Kebenaran dan kebaikan yang tulen tidak akan mati dan tidak akan layu walaupun disekat dan ditindas oleh kebathilan dan kejahatan jahiliyah. Kebathilan hanya hidup sekadar sementara menunggu habisnya kebaikan yang bercampur-aduk. Apabila berjaya dibersihkan, maka `haq' tulen akan menang dan kebathilan akan tumbang dan musnah, biarpun bagaimana besar dan kuatnya kebathilan jahiliyah itu.


Sesungguhnya Allah swt mengukuhkan pendirian orang-orang yang beriman di dalam kehidupan dunia dan akhirat dengan kalimat keimanan yang tertanam di dalam hati nurani mereka. Ia bertunjang di dalam fitrah semulajadi mereka dan membuahkan amalan-amalan soleh yang sentiasa membaharu dan kekal di dalam kehidupan mereka. Allah meneguhkan pendirian mereka dengan kalimat-kalimat Al-Qur'an, kalimat-kalimat Rasulullah saw dan dengan janji Allah swt yang akan memberikan kemenangan kepada kebenaran di dunia dan kejayaan di Akhirat. Dan orang-orang yang berpegang dengannya tidak akan dilanda gelisah dan keluh-kesah.


Sebaliknya pula, Allah swt menyesatkan orang-orang yang zalim dengan sebab kezaliman dan kesyirikan mereka (kata zalim itu sering digunakan di dalam ayat-ayat Al-Qur'an dengan makna syirik dan inilah ghalibnya). Juga kerena mereka menjauhi diri dari nur hidayat dan terumbang-ambing di dalam kegelapan-kegelapan jahiliyah dan kepercayaan khurafat. Mereka juga mengikuti pelbagai sistem hidup, undang-undang dan peraturan-peraturan nafsu mereka dan bukannya undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan Allah.

Bukittinggi jo Jam Gadang dikawal Marapi jo Singgalang



Jam Gadang maso saisuak di tahun 1950



Marapi Tagak Manjago

 Singgalang nan rancak





Masjid Nurul Iman Runtuh karena gempa 2009
Masjid Nurul Iman setelah diperbaiki oleh anak nagari




SUBHANALLAH! HIDUP-MATINYA DILINDUNGI ALLAH,

SUBHANALLAH!
HIDUP-MATINYA DILINDUNGI ALLAH,

عَاشَ بِخَيْرٍ وَمَاتَ بِخَيْرٍ

Semua manusia normal, apalagi si mukmin yang merasakan kemanisan dan kehangatan iman, mendambakan kebaikan dalam kehidupan yang dilaluinya. Bahkan menginginkan h
idup – matinya, dan orang tersayang baik belaka dan dilindungi Allah, al-Maula SWT.

Coretan berikut ini barangkali bermanfaat buat si mukmin yang mendambakan perkara di atas. Biiznillah

Dalam hadis soheh riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah SAW pernah ditanya oleh Allah SWT mengenai amalan yang sangat canggih pengaruhnya dalam proses pengampunan dosa yang diistilahkan dengan ‘Kaffarat /كفارات.’

Baginda menyatakan bahawa kaffarat merangkumi tiga amalan, yakni:

1. Duduk (iktikaf) di masjid setelah menunaikan solat fardu berjemaah, dengan maksud menunggu solat berikutnya. Seperti menunggu solat Isyak setelah solat Maghrib berjemaah.

2. Langkah kepergian ke rumah Allah bagi tujuan solat fardu lima waktu berjemaah.

3. Berwuduk dengan sempurna pada saat terasa malas berwuduk.

Seterusnya baginda menegaskan bahawa orang yang tekun mengamalkan pendekatan ini, hidup-matinya akan dilindungi Allah, atau hidup matinya berada dalam kebaikan عاش بخير ومات بخير (hidup-matinya baik belaka).
Dengan arti tidak perlu dirisaukan tentang hal kematian, kerana Allah telah mengambil alih urusannya.

Dalam penghujung hadis tersebut dinyatakan bahawa si mukmin yang tekun mengamalkan tiga pendekatan di atas, akan bersih dan terkeluar dari dosa yang dilakukannya, bagaikan anak kecil yang baru lahir.

Rumusan ☞Si mukmin yang merasa aman tenteram, yang merasa selesa dan bahagia saat berada di rumah Allah, seperti halnya generasi awal umat, kematiannya mustahil akan disia-siakah Allah. Subhanallah.

Di samping jaminan Rasulullah di atas, kita telah banyak mengetahui kisah benar membuktikan janji Rasulullah di atas.

Nah, si mukmin yang ingin cemerlang dalam menempuh perjalanan menuju ke redhaan Allah, sepatutnya rajin dan tekun meneladani sejarah dan kisah para solihin, biiznillah!

Pada saat kematian si mukmin, Allah senang, si mukmin juga senang.
Sepertimana dijelaskan dalam Hadis berikut (HR Bukhari-Muslim, dll):

‘Aisyah (ra) pernah menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengingatkan:
“Barang siapa yang menyukai saat pertemuan dengan Allah, nescaya Allah juga menyukai saat berjumpa dengannya.
Sebaliknya, sesiapa yang tidak menyukai saat berjumpa dengan Allah, nescaya Allah tidak menyukai saat berjumpa dengannya.”
Siti ‘Aisyah bertanya ‘Wahai Nabiyullah! Adakah hal ini bermaksud mengenai keengganan menghadapi saat kematian? Kami semunya tidak menyukai kematian.’
Rasulullah menjelaskan:
‘Maksudnya bukan sedemikian. Akantetapi, saat si mukmin diberi motivasi untuk mendapatkan rahmat – keredhaan dan syurga Allah, dia ingin menjumpai Allah. Lantas Allah ingin menjumpainya.
Sebaliknya, ketika si kafir diberitahu bahawa dia akan menerima azab dan kemurkaan Allah, dia terasa benci atau tidak suka menjumpai Allah. Lantas Allah juga tidak suka menjumpainya.’ (HR Muslim).

‘Alam takambang jadi guru; satitiek jadi lauik, sa kapa jadi gunuang’.
(Harus belajar dari sejarah solihin, contoh teladan positif yang sedikit, bila dicontohi dengan tekun, akhirnya kebaikan yang satu titik akan menjadi laut; satu kepal (genggam) bisa jadi gunung).

Biiznillah! Wallahul muwaffiq

Earthquake Insulation - Japan